Burung Merak
Merak (disebut [mĕ.rak], Jawi: مرق) adalah nama biasa untuk tiga spesies burung dalam genus-genus Pavo dan Afropavo dari keluarga Phasianidae.[1] Burung-burung ini dikenali kerana penampilan jantan burungnya yang meneriak nyaring serta bulu ekor yang sangat menarik. Ekor yang menarik hanya terdapat pada spesies merak Asiatik, yang mana mempunyai ekor dengan titik-titik mata atau jajaran bulu-bulu yang terlindung yang mana akan dikembangkan semasa hendak mengawan.
Perkataan merak menyerap dari suatu bahasa dalam rumpun bahasa Asli yang pada awalnya mengkhusus kepada burung merak hijau (Pavo muticus) sebelum diluas maknanya.[2][3]:152-153 Terdapat tiga spesies yang wujud dalam jenis burung bernama demikian termasuk:
Merak India, Pavo cristatus di tanah India
Merak hijau, Pavo muticus di Asia Tenggara
Merak Kongo, Afropavo congensis di Lembah Congo