Menjelajah Keindahan Sungai Paya Bakau Langkawi
Paya bakau Langkawi merupakan keindahan alam yang perlu diterokai. Hayati keindahan hutan yang subur, sungai berliku, dan lagun yang tenang. Pelbagai hidupan liar, dari burung berwarna-warni hingga monyet yang lincah. Alami keindahan dan kepelbagaian paya bakau Langkawi untuk pengembaraan yang tidak dapat dilupakan menerusi Lawatan Bakau Langkawi!
Lawatan Sungai Paya Bakau Langkawi
Langkawi merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular di Malaysia, menawarkan pelarian ke alam semula jadi yang mempesonakan. Salah satu tarikan yang wajib dikunjungi adalah lawatan Bakau di Taman Geoforest Kilim. Anda boleh membuat pilihan sama ada anda memilih bot persendirian atau berkongs bersama pelancong lain, lawatan ini membolehkan anda menyelami ekologi paya bakau yang kaya, dipenuhi dengan pelbagai hidupan liar seperti helang, reptilia, dan monyet.
Taman Geoforest Kilim ini terkenal dengan kekayaan ekosistem yang berfungsi sebagai habitat semula jadi bagi makhluk-makhluk yang menarik ini. Anda boleh menikmati perjalanan bot yang mempesona di masa yang sama anda memerhati helang laut berperut putih yang gagah dan terokai hidupan liar yang menakjubkan di sekitar kawasan Paya Bakau yang memukau ini.
9 Destinasi Perhentian Semasa Menjelah Sungai Paya Bakau Langkawi
1. Jeti Geopark Kilim
Pengembaraan anda akan bermula dari Jeti Geopark Kilim. Anda akan menikmati pelayaran indah di sepanjang sungai paya bakau sebelum meneruskan perjalanan yang mengujakan di Laut Andaman.
Sumber: Forever Break
2. Gua Kelawar
Gua Kelawar ini sepanjang 60 meter dan menempatkan banyak kelawar. Terdapat pelbagai formasi stalaktit, stalagmit, dan batu jatuh yang menarik. Dinding dan bumbung gua dihiasi dengan cengkerang purba yang berusia sekitar 5000 tahun berdasarkan pentarikhan radiokarbon.
Sumber: Langkawi Holidays
3. Gua Buaya
Gua ini juga dikenali sebagai Crocodile Cave, ia merupakan salah satu gua yang dilalui di Sungai Kilim. Gua ini hanya boleh diteroka semasa air surut yang menghubungkan sistem sungai untuk dilewati.
Sumber: Get Your Guide
4. Menyusuri Sungai Paya Bakau
Kawasan paya bakau pesisir pantai ini kaya dengan alam semula jadi yang menakjubkan untuk menerokai ekologi sekitarnya, pelbagai hidupan seperti helang, reptilia, monyet, dan banyak lagi yang menjadikannya sebagai habitat.
Sumber: Jom Jalan
5. Melihat Burung Helang
Anda boleh melihat ratusan burung helang atau Burung Brahminy Kite dengan dekat di sini. Helang ini hanya boleh dilihat di Langkawi, Malaysia, Australia, dan Indonesia.
Sumber: We are from Latvia
6. Taman Geoforest Kilim
Terdapat formasi batu kapur karst tertua di Malaysia. Di sini terdapat latar belakang yang hebat untuk mengambil gambar swafoto anda!
Sumber: Tripadvisor
7. Berenang di Pantai Pasir Panjang
Temui syurga yang tenang dengan pantai berpasir putih dan air jernih ketika lawatan berhenti di Pantai Pasir Panjang. Anda boleh memilih untuk menjelajah pulau atau berenang di air yang biru dan jernih.
Sumber: Asia Gold Experience
8. Restoran Terapung
Di restoran terapung ini, anda boleh menikmati makanan lazat atau melihat ikan hidup seperti kerapu besar, siakap, udang lipan, dan belangkas. Anda juga berpeluang memberi makan kepada ikan pari.
Sumber: Tripadvisor
9. Memberi Makan Ikan atau Snorkeling di Pulau Dangli
Ikuti lawatan peribadi selama 4 jam, kami akan membawa anda ke Pulau Dangli. Air yang jernih dan penuh dengan ratusan ikan berwarna-warni yang berhabitat di kawasan batu karang, ia merupakan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti snorkeling. Jaket keselamatan disediakan untuk kemudahan dan keselamatan anda.
Sumber: Resort World
Tips dan Maklumat Semasa Mejelajah Sungai Paya Bakau di Langkawi
Berikut adalah beberapa tip dan maklumat semasa menelajah lawatan sungai paya bakau anda:
-
Bayaran masuk ke Gua Kelawar: RM3 (Dewasa) dan RM2 (Kanak-kanak berusia 3-12 tahun).
-
Pakai pakaian santai atau pakaian renang, serta selipar.
-
Ingat untuk membawa pelindung matahari dan air untuk kekal terhidrat.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Lawatan Bot Paya Bakau adalah aktiviti wajib di Langkawi. Menerokai Gua Buaya, melawati fish farm, dan saksikan aktiviti pemerhatian helang yang menarik. Menikmati pelayaran bot yang santai di tengah-tengah pemandangan yang indah, bersama Taman Geoforest Kilim sebagai latar belakang yang menawan. Jangan lepaskan peluang ini dan tempah tiket Lawatan Sungai Paya Bakau Langkawi bersama kami hari ini!