4 Cara ke Pulau Langkawi dari Kuala Lumpur

 How To Get To Langkawi
Diterbit oleh Preciuos on 20 Jan 2025

Langkawi adalah salah satu pulau terkenal di Malaysia yang sesuai untuk percutian singkat. Sama ada anda melancong secara solo, bercuti bersama pasangan, atau dalam kumpulan, Langkawi adalah destinasi sempurna untuk semua! Dikenali dengan pantainya yang bersih, hutan hujan yang subur, dan pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan, Pulau Langkawi menjadi pilihan utama pelancong dari Kuala Lumpur yang mencari pengembaraan. 

Jika anda ingin tahu cara ke Langkawi dari Kuala Lumpur, panduan ini akan menyenarikan cara paling mudah untuk sampai ke Langkawi.

 

4 Cara Ke Langkawi Dari Kuala Lumpur

Terdapat 4 cara perngangkutan untuk ke Pulau Langkawi dari Kuala Lumpur. Anda boleh memilih sama ada menaiki penerbangan, kereta api dan feri, bas dan feri, atau memandu sendiri ke terminal feri. Berikut adalah perincian setiap kaedah pengangkutan serta kelebihan dan kekurangannya untuk membantu anda membuat pilihan dan merancang perjalanan anda ke Langkawi.

 

1. Menaiki Kapal Terbang 

Menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Langkawi adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk ke Langkawi. Perjalanan melalui kapal terbang hanya mengambil masa kira-kira 1 jam sahaja dan menjimatkan banyak masa. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus ke Langkawi termasuk AirAsia, Malaysia Airlines, dan Batik Air.

Tempah tiket penerbang lebih awal untuk mendapatkan harga tiket yang murah! Penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), KLIA2, dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang Airport).

 

Kelebihan Menaiki Kapal Terbang:

  • Mod pengangkutan yang paling pantas dan hanya mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai ke Pulau Langkawi.
  • Sesuai untuk keluarga atau kumpulan besar kerana lebih selesa.

Kekurangan:

  • Harga penerbangan biasanya lebih mahal berbanding pilihan lain.
  • Disarankan untuk menyemak harga tiket terlebih dahulu untuk mendapatkan tawaran terbaik.

 

2. Perjalanan dengan Kereta Api dan Feri

Menggunakan kereta api dan feri ke Langkawi membolehkan anda menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Perjalanan bermula dari KL Sentral, di mana anda menaiki kereta api ETS ke Alor Setar atau Arau. Pilih ETS Gold atau Platinum untuk keselesaan. Perjalanan kereta api mengambil masa kira-kira 5 jam.

Dari stesen Alor Setar atau Arau, anda perlu ke Jeti Kuala Kedah atau Jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi. Perjalanan feri ke Pulau Langkawi mengambil masa sekitar 1 hingga 1.5 jam.

Lihat harga tiket feri terikini dari Jeti Kuala Kedah dan Jeti Kuala Perlis di sini. 

 

Kelebihan Menaiki Kereta Api dan Feri:

  • Perjalanan yang tenang sehingga sampai ke destinasi 
  • Nikmati pemandangan perjalanan yang indah semasa di atas gerabak. 

Kekurangan:

  • Memerlukan pertukaran pengangkutan, menjadikan perjalanan lebih lama.
  • Perlu menggunakan teksi atau Grab dari stesen ke terminal feri.

 

3. Perjalanan dengan Bas dan Feri

Pilihan bajet untuk ke Langkawi adalah menaiki bas ke Kuala Perlis atau Alor Setar, kemudian menaiki feri. Tiket bas boleh dibeli secara dalam talian melalui TBS Online.

Perjalanan bas dari TBS KL ke Kuala Perlis atau Alor Setar mengambil masa sekitar 5 hingga 6 jam bergantung pada keadaan trafik. Selepas tiba di stesen bas, anda perlu menaiki teksi atau Grab ke terminal feri.

 

Kelebihan Menaiki Bas:

  • Lebih mesra bajet berbanding pilihan lain.
  • Membolehkan anda menikmati pemandangan di Malaysia sepanjang perjalanan.

Kekurangan:

  • Masa perjalanan lebih lama dan memerlukan pertukaran pengangkutan.
  • Keadaan cuaca buruk boleh menjejaskan jadual perjalanan bas dan feri.

 

4. Memandu Sendiri ke Terminal Feri

Jika anda suka road trip, anda boleh memandu dari Kuala Lumpur ke Jeti Kuala Kedah atau Jeti Kuala Perlis . Perjalan ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis mengambil masa dalam 6-8 jam dengan kelajuan yang selesa. Sebaik sahaja tiba di terminal feri, anda boleh meletakkan kereta di kawasan parkir yang disediakan.

 

Kelebihan Memandu Sendiri ke Langkawi:

  • Lebih fleksibel kerana anda boleh bergerak mengikut masa anda sendiri.
  • Peluang untuk singgah di tempat menarik sepanjang perjalanan.

Kekurangan:

  • Perjalanan yang panjang boleh memenatkan pemandu.
  • Perlu mempertimbangkan kos tol, bahan api, dan parkir.

 

Masa Terbaik untuk Melawat Langkawi

Langkawi dibuka kepada pelancong sepanjang tahun, tetapi masa terbaik untuk melawat adalah semasa November hingga April di mana musim ini menawarkan cuaca cerah yang sesuai untuk aktiviti luar seperti island hopping dan aktiviti di pantai.

Musim hujan di Langkawi ialah dari Mei hingga Oktober, terutama pada September dan Oktober yang mengalami hujan lebat dan laut bergelora yang boleh menjejaskan aktiviti dan operasi tarikan di Langkawi. 

 

Aktiviti dan Tarikan Utama di Langkawi

1. Langkawi SkyCab Cable Car

tarikan menarik di langkawi cable car

Nikmati perjalanan ke puncak tertinggi Gunung Machinchang untuk melihat kesuluran pemandangan Pulau Langkawi yang menakjubkan. Jangan lupa melawat Langkawi SkyBridge untuk berjalan kaki di atas jambatan di atas udara serta menikmati angin sejuk dan hijauan yang tenang. 

Tempah Tiket Langkawi Skycab bersama Langkawibook hari ini! 

2. Pakej Mangrove Tour

tarikan menarik di langkawi pakej mangrove tour

Jika anda pencinta alam semula jadi, pastikan anda mengikuti Langkawi Mangrove Tour, salah satu tarikan popular di Langkawi. Lawatan ini membawa anda melalui perjalanan menarik di Sungai Kilim yang dikelilingi oleh hutan paya bakau. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di semasa lawatan ialah memberi makan helang dari atas bot, memberi makan ikan pari di Ladang Ikan Terapung, melihat kelawar di Gua Kelawar dan menikmati hidangan makanan di restoran ladang ikan terapung.

Tempah Pakej Mangrove Tour sekarang bersama Langkawibook!

 

3. Island Hopping

tarikan menarik di langkawi island hopping

Jelajahi pulau-pulau terkenal seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah melalui pakej speedboat Langkawibook. Di pulau-pulau ini, anda boleh menikmati aktiviti snorkeling, sewa boat dan memberi makan helang yang berterbangan. 

Tempah Pakej Langkawi Island Hopping bersama Langkawibook!

 

Tips Melancong di Langkawi

Untuk memastikan anda menikmati masa yang berkualiti di Pulau Langkawi, pastikan anda: 

  1. Tempah tiket ke Langkawi lebih awal untuk mendapatkan tawaran terbaik.
  2. Tempah tiket tarikan di Langkawi secara online untuk menjimatkan masa beratur di kaunter.
  3. Sewa kereta untuk memudahkan perjalanan di Langkawi.
  4. Periksa cuaca untuk memastikan aktiviti tidak terganggu.
  5. Bawa keperluan penting, seperti pakaian selesa, pelindung matahari, dan dokumen perjalanan.

 

Terokai Langkawi bersama Langkawibook!

Untuk perjalanan yang lebih selesa, tempah kereta sewa di Langkawi dan pakej tiket tarikan Langkawi dengan Langkawibook! Kami menawarkan pelbagai pilihan kenderaan sewa serta harga tiket pelancongan yang berpatutan untuk anda tempah terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan dan pengembaraan. Dengan membuat tempahan awal, anda boleh menikmati perjalanan dan pergerakan di Langkawi dengan lebih selesa! 


 

Featured Post

Things To Do In Langkawi Island
06 Nov 2024

Things To Do In Langkawi Island
25 Oct 2024


Artikel Terkini

Things To Do In Langkawi Island
24 Dec 2024

Things To Do In Langkawi Island
19 Nov 2024